Monday, December 28, 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU10 QUOTATION (3)

  

1. Teks Asal: When I am calm, the same thing happens again. I will fight another fight to me calm again.

Terjemahan Melayu: Bila aku tenang, perkara yang sama berulang. Akanku berjuang untuk aku kembali tenang.


Bukti: Cerita Sosial 1 Nenek dan Datuk

"Kenapa ayam dan itik tinggal di sana?," tanya Alim keliru. Alim berjalan dengan nenek ke arah reban baharu. Alim berhenti menangis. Alim tersenyum melihat ayam dan itik. Alim tidak mengendahkan nenek dan datuk yang berdiri di sebelah Alim.



2. Teks Asal: The last memory I had with you just remain as happy moment that I cherished forever.

Terjemahan Melayu: Memori terakhir yang akua da bersamamu hanyalah saat bahagia yang tidak akan kulupakan sampai bila-bila.

Bukti: Cerita Sosial 5 Jiran

"Kenapa dengan abang, ibu?" ujar adik perempuan Alim sambil menangis.




3. Teks Asal: To live in poverty will me realise that life is more valuable than anything else.

Terjemahan Melayu: Hidup dalam serba kekurangan membuatku sedar bahawa kehidupan itu lebih berharga dari perkara lain.

Bukti: Cerita Sosial 3 Keluarga Saya

"Kami sayang dan rindu Alim," kata ahli keluarga yang lain serentak. Mereka semua ketawa.



4. Teks Asal: I will work hard to climb the highest mountain although I know that it will be difficult most of the time.


Terjemahan Melayu: Aku akan bekerja keras untuk mengecapi kejayaan walaupun banyak liku yang perlu dilalui.

Bukti: Cerita Sosial 3 Keluarga Saya

"Anak ibu baik. Anak ibu rajin. Mari ibu tolong!," kata ibu sambil mengambil penyapu dan memegang batang penyapu bersama Alim. "Begini, perlahan-lahan ya!," bisik ibu perlahan.



5. Teks Asal: I am a good person and I know I will be the best.

Terjemahan Melayu: Saya seorang yang bagus dan saya akan membuat sesuatu perkara dengan terbaik.


Bukti: Cerita Sosial 4: Hati

Ibu memerhatikan Alim sambil tersenyum. Ibu tahu Alim akan belajar dengan rajin. Ibu mahu Alim menjadi pandai dan boleh menjaga diri. Hari ini, Alim sudah pandai memakai baju sekolah sendiri. Alim pandai memakai kasut sekolah. Alim pandai membawa botol air ke sekolah. Alim tidak lupa bersalaman dengan bapa, abang Imran, kak Madinah dan Aisyah. Alim juga pandai mengemas katil sebelum ke sekolah. Ibu bangga dengan Alim. Ibu tahu Alim boleh berdikari.



6. If I can narrate my love to you, I will be the happiest person in the world.

Terjemahan Melayu: Jika perasaanku dapat diceritakan padamu, akulah manusia paling bahagia di dunia.

Bukti: Cerita Sosial 3: Keluarga Saya

“Saya sayang keluarga saya,” ujar Alim kepada ahli keluarga yang lain.



7. Teks Asal: I have faith in you.

Terjemahan Melayu: Saya percaya kepada anda.

Bukti: Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk

Nenek memujuk Alim. Nenek pegang tangan Alim sambil berjalan keliling rumah sambil bercerita tentang almari, katil, kerusi dapur kepada Alim.




8. Teks Asal: I want someone to tell me that it is going to be fine.

Terjemahan Melayu: Aku ingin seseorang mengatakan bahawa semuanya akan baik-baik sahaja.


Bukti: Cerita Sosial 5: Jiran

“Kenapa dengan abang, ibu?” ujar adik perempuan alim sambil menangis.

“Abang tidak sihat, adik,” jawab ibu sambil memujuk adik perempuan Alim. Abang dan kakak sedih melihat Alim dan adik perempuan mereka. Mereka juga menangis.



9. Teks Asal: My parents believe that I will be a good person one day.

Terjemahan Melayu: Orang tuaku percaya aku akan menjadi orang yang berguna suatu hari nanti.

Bukti: Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa

“Baik sungguh anak ibu. Bagus Alim. Alim ingat pesan ibu dan bapa,” kata ibu sambil mengasingkan buah-buahan ke dalam plastik merah.


Rujukan: Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2017). 200 Quotes For You..For Us...Terengganu: Penerbit UMT.







Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.



Kehadiran 28/12/2020:

No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum semua   Okay harini kita nak borak sikit. Selama 2 semester ni aku ada blog. Macam tak percaya sebab aku benda macam ni aku ...