Tuesday, December 15, 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU6 PROF DI UK

 Semasa Prof N belajar di U.K beliau ingin mencari tempat tinggal yang berhampiran dengan kedai Pakistan agar senang untuk mereka mencari makanan yang halal. Ternyata, ramai pelajar dari malaysia yang mencari rumah sewa berhampiran dengan kedai Pakistan. Setibanya Prof di lapangan terbang terdapat sekumpulan persatuan pelajar Malaysia yang datang menjemput, walaupun tempat Prof jauh dari London 4 jam dari London. Prof terkejut sebab rupanya ramai orang Melayu yang berada di U.K dan terdapat banyak kedai Pakistan yang menyediakan makanan yang halal memudahkan mereka untuk mencari makanan halal. Pada masa itu, pergi solat Jumaat juga mudah, masjid juga ada berhampiran dengan kawasan mereka. Kalau di Malaysia memang majoriti ramai Melayu jadi tidak mengapa kalau tidak bersapa jika berjumpa dimana-mana namun di negara orang komuniti Melayu itu kecil. Apabila kita ke supermarket nampak orang Malaysia kita tahu mereka orang Malaysia dari segi kulit, tudung, cara percakapan. Namun, bila tahu mereka Melayu ada segelintir mengelakkan diri dan pergi ke arah lain agar tak bertemu. Bila bertemu mereka Prof menegur mereka dengan bagi salam dan bertanya adakah mereka orang Malaysia. Namun Prof tidak tahu seandainya beliau menjadi terlebih peramah kerana orang tersebut terus pusing dan berlalu. Ada yang tak suka ditegur rupanya. Lepas dari itu Prof N terfikir mungkin dia bukan orang Malaysia. Namun mereka boleh saja menjawab bahawa mereka bukan orang Malaysia dan menyatakan bahawa mereka orang Brunei atau Indon. Namun Prof memang tak pernah jumpa orang indon. Kebanyakkannya orang Malaysia, Singapura, dan juga Brunei tapi Brunei pun tak ramai. Saya dapati bahawa kalau di negara orang tidak semua mahu ditegur dan mahu menerima nasihat dan mahu berkawan dengan orang dari negara yang sama. Lepas dari itu, bila berjumpa orang Melayu Prof tidak layan beliau hanya senyum. Dan Prof terfikir mungkin juga keadaan orang yang membuatkan mereka tidak mahu bertegur dengan orang lain kerana mereka juga pernah mengalami situasi seperti Prof. Semasa berjalan di UK Prof berjumpa dengan artis Malaysia yang kahwin dengan orang UK atau Kanada dan menegur beliau, muka beliau terkejut namun tidak menunjukkan beliau sombong. Lepas dari itu, bila berjumpa orang Melayu Prof hanya senyum sahaja. Bila di negara orang kita akan hargai orang Malaysia lebih kerana komuniti yang sikit. Akhirnya bila pulang ke Malaysia Prof rasa pelik kerana, tiap kali berselisih dengan orang beliau akan senyum sebab jarang kita jumpa orang yang tidak dikenali kita senyum. Tapi duduk disana tidak boleh terlebih sebab orang tempatan tak suka kita sebab kita pakai tudung dan sebagainya. Pernah sekali Prof keluar dan ada seorang lelaki mabuk jerit pada Prof suruh Prof balik negara beliau. Prof ketakutan dan lari naik bas balik rumah beliau. Jadinya, kesimpulannya tidak usahlah tinggal di sana, pergi bercuti dan pulang ke tanah air sahaja.




No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum semua   Okay harini kita nak borak sikit. Selama 2 semester ni aku ada blog. Macam tak percaya sebab aku benda macam ni aku ...