Tuesday, January 19, 2021

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum semua

 

Okay harini kita nak borak sikit. Selama 2 semester ni aku ada blog. Macam tak percaya sebab aku benda macam ni aku lambat sikit. Bluetick kat What’sApp pun aku lambat tahu ni pula Blog, Youtube ni semua. Youtube tu aku tahu tengok je. Tapi tulah perjalanan pembelajran. Terima kasih sangat pada Prof N sebab beliau aku belajar semua ni. Terima kasih juga partnerku yang sentiasa membantu sepanjang kelas dengan Prof N yang memerlukan kehebatan orang-orang yang pandai IT ni. Huhu. Okaylah sem lepas cerita sem lepas la ya. Untuk subjek sem ni takdelah berat sangat macam sem lepas. Sem ni kami belajar untuk terjemah teks, video dan sebagainya. Alhamdulillah menurut Prof terjemahan masing-masing makin baik uhuk. Tapi tak tahulah harapnya betul. Pernah sekali masa kelas Prof dengan anak dia baca terjemahan kami. Gelak katanya, hmm.

 

Bukan senang ya nak terjemah sesuatu teks tu ya anak-anak. Kita sebagai penterjemah (aku belum lagi la) berusaha terjemah untuk bagi pengguna bahasa sasaran tu paham isi dari bahasa sumber dengan baik. Siapa minat Kpop mesti tahu pasal masalah penterjemah ni. Macam mana penterjemah tu usaha untuk bagi kita faham lawak yang dorang guna, slanga bahasa sumber tu lagi. Nak bagi kena dan sampai ke hati apa yang dicakapkan dorang tu. Jadinya dari kelas ni aku lebih banyak belajar, tanggungjawab seorang penterjemah tu sangatla besar. Sebabnya, hanya dengan satu je huruf salah tulis. Seluruh bahan tu boleh bertukar maksud dan boleh menyebabkan salah faham.

 

Dunia sekarang ni mana boleh terima salah faham. Kerja nak kecam je kan. Teranglah macam mana pun silap seseorang tu, minta maaflah macam mana pun tetap nak ditengok salahnya je. Orang tu terang ke, minta maaf ke tak nak di pandangnya. Jadi itulah ye sedikit sebanyak berkenaan kursus: BBN3402PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER. Satu yang memang semua tahu tentang Prof N ni, masa kelas dia, memang semua kerja secara praktikal takde ya belajar teori. Dan Prof juga memang selalu bagi situasi yang kita akan hadapi masa kerja nanti. Jadi ada masa agak huru hara sikit lah ye hari Isnin masing-masing.

 

Lepastu syarat kerja tu nak kena ikut client tu yang tak tahan tu. Kita pun tahu setting laptop masing-masing lain apa semuakan. Tapi tetap kena usaha dan usaha untuk buat seperti yang diminta. Nasib baik ada rakan-rakan yang memahami dan baik dan suka membantu. Tapi kelas dengan Prof N la banyak mengajar pelajar untuk sabar, redho dan bersedia menghadapi keadaan kat luar nanti bila dah kerja. Masa kerja nanti yang minta kita terjemah bahan bukan orang takde duitkan. Orang ada duit ni asal kerja siap ikut yang dia nak je, apa jadi kat kita lantak lah. Yang dia tahu duit dia ada bayaran takde masalah tapi kerja kena tepat dan betul. Tapi tulah orang yang terjemah pun lumayan hasilnya berbaloi la dengan kerjanya ehek.

 

Jadinya, kanak-kanak semua bertabah je la ye. Sebab dengan Prof N memang pasti dapat A punya sebab memang dia cakap dari awal sem. Jadinya kerja dia yang banyak tu sangat berbaloi. Buat pun rasa sayang je huhu.

 

Akhir kata saya ucapkan TERIMA KASIH SANGAT KAT PROF N dah ajar kami cara untuk berurusan dengan dunia luar walaupun hanya sedikit dari apa yang akan kami tempuh kelak. Jasa Prof hanya Allah mampu balas. Semoga Prof sihat sentiasa di samping keluarga, dan sentiasa dirahmati Allah.

 

okay jadi kat bawah ni senarai tugasan sem ini ye. happy reading.

 

 

No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum semua   Okay harini kita nak borak sikit. Selama 2 semester ni aku ada blog. Macam tak percaya sebab aku benda macam ni aku ...