Sunday, January 3, 2021

BBN3402SATU2020: MINGGU 11 HURAIAN TESIS


NUR ASIAH ZAHIRAH BINTI MOHD ZURAIDI 197832

 Masihkah Kau Ingat?

1.   Menulis dan mengolah semula dengan menggunakan ayat sendiri (Jangan menyalin (copy paste) daripada artikel atau buku).

Huraian: Kajian yang dijumpai dari artikel yang dibaca perlulah ditulis sendiri dengan olahan dan idea asal dari pengkaji. Pengkaji tidak dibenarkan sama sekali menyalin artikel dan hasil kajian yang dijumpai secara terus kedalam kertas cadangan.

2.   Menggunakan Turnitin atau tool yang lain sebelum membuat penghantaran kepada penyelia atau jurnal.

Huraian: Tesis yang sudah siap perlulah melalui proses pengecaman plagiat menggunakan mesin Turnitin ataupun mesin serta aplikasi yang lain sebelum dihantar.

3.   Membuat rujukan daripada rujukan utama. Elakkan banyak merujuk rujukan sekunder.

Huraian: Kajian yang dicari haruslah berdasarkan sumber utama. Sebagai contoh, data sebuah kampung diambil berdasarkan rakyat yang tinggal dikampung tersebut dan bukannya dari penceritaan masyarakat yang tinggal di kampung bersebelahan dengannya.

4.   Membaca banyak artikel terkini supaya lebih memahami tentang kajian yang ingin dijalankan (minimum 50 artikel).

Huraian: Pelajar yang mengambil tesis perlu banyakkan membaca artikel yang berkaitan dengan tajuk kajian mereka agar banyak maklumat yang dapat diperolehi.

5.   Menghadiri seminar atau persidangan supaya mendapat input tentang kajian yang berkaitan.

Huraian: Pelajar disarankan menghadiri seminar berkenaan kajian mereka untuk mendapatkan lebih banyak maklumat berkenaan kajian yang dijalankan. 

6.   Berbincang dengan penyelia tentang penyelidikan yang dijalankan. Elakkan daripada berbincang dengan pelajar lain kerana pelajar bukan pakar dalam bidang.

Huraian: Pelajar dinasihatkan agar berbincang berkenaan tesis bersama dengan penyelia masing-masing kerana pelajar lain tidak mengambil bidang atau tajuk yang sama dengan anda. 

7.   Jumlah halaman (lebih kurang) bagi Bab 1 (10-12 halaman), Bab 2 (30 halaman - bacelor dan Master; 50 halaman - PhD), Bab 3 (10 - 12 halaman), Bab 4 (40 halaman bagi setiap objektif dan Bab 5 (8-12 halaman).

Huraian: Pada Bab 1 jumlah halaman adalah sekitar 10 hingga 12 halaman, Bab 2 sekitar 30 halaman bagi bacelor dan Master, manakala bagi PhD sekitar 50 halaman, Bab 3 adalah dalam 10 hingga 12 halaman, Bab 4 lebih kurang 40 halaman untuk setiap satu objektif kajian, dan pada Bab 5 ialah antara lapan hingga 12 halaman. 

8.   Keseluruhan tesis seharusnya mempunyai lebih kurang maksimum 80 halaman (bacelor), 81-150 (Master) dan 151-240 (PhD). *Tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan universiti.

Huraian: Secara keseluruhannya, jumlah muka surat bagi pelajar yang mengambil tesis ialah sebanyak 80 halaman maksimum manakla bagi pelajar Master sebanyak 81-150 halaman dan pelajar yang mengambil PhD pula sebanyak 81-150. Namun ia bergantung kepada arahan dari pihak pensyarah, fakulti dan universiti.

9.   Membuat perancangan atau jadual untuk sepanjang tempoh pengajian.

Huraian: Sebaiknya melakukan perancangan awal ataupun jadual untuk merangka kerja yang hendak diselesaikan.

Rujukan: Normaliza Abd Rahim. (2019). Jom Tulis Tesis. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 


Bukti kehadiran 4/1/2021:


No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum semua   Okay harini kita nak borak sikit. Selama 2 semester ni aku ada blog. Macam tak percaya sebab aku benda macam ni aku ...