Tuesday, December 15, 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU8 TWITTER


Belajarlah untuk mengehadkan sesuatu perkara. Mengerti bila untuk saatnya untuk melepaskan dan bila untuk membaiki sesuatu. kita tidak boleh mengawal cara orang melayan kita. Itu kehendak mereka tapi kita mengawal tolenrasi diri sendiri. Jadilah baik tapi tegas. Tidak perlu untuk kurang ajar. kita akan rasa bersyukur bila kita berjaya melakukannya. 


Yang Maha Agung akan mengurniakan apa yang menjadi hak kita bila tiba masanya. Jika baik untuk makhluknya, maka Dia akan memberikannya padamu. Namun jika ianya buruk pada makhluknya. Dia akan menjauhkanmu daripada keburukan itu. Jangan sesekali terdetik bahawa Dia tidak mendegarkan tangis dan rayumu. Dia Maha Mengetahui apa yang ada didalam hatimu sebelum kau mengungkapkannya lagi.


Sudah terbiasa kita lupa siapa yang berkuasa dalam perjalanan kita. Kita merancang seakan-akan semua perkara yang dirancang akan menjadi. Seakan-akan kita akan mendapatkan segalanya yang dimahukan. Tapi Maha Agung telah memberi petunjuk pada kita dalam masa pandemik ini lebih-lebih lagi, bahawasanya kita perlu menghargai segala yang kita ada. Kerana Dia bisa mengambilnya bila-bila masa dan di mana jua kita berada.


Ya Tuhan Yang Maha Agung. Ampunkanlah kami kerana cuba untuk menyelesaikan masalah dengan sendiri. Ampunkanlah kami kerana merayu meminta pertolongan dari manusia dan makhlukmu sedangkan kami sepatutnya kembali dan meminta padamu. Ampunkan kami kerana terlupa bertapa kami memerlukanMu lebih dari sesiapa saja dan apa saja di muka bumi ini. Kau tahu keperitan kami, beban kami, dan ubat kami. Sembuhkanlah kami. Jadikan kami insan yang beriman dan bertakwa.


Jujurlah. Dari masa ke masa, kita akan melakukan perkara yang bodoh. Kita membuat silap. Selagi kita tahu kekurangan dan kesilapan diri dan memohon maaf, tiada apa yang kita lakukan diluar kuasa Yang Maha Kuasa untuk mengampuni kita. Ingatlah, kita buat silap. Dian tidak. Dia sempurna!






 

No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum semua   Okay harini kita nak borak sikit. Selama 2 semester ni aku ada blog. Macam tak percaya sebab aku benda macam ni aku ...