Showing posts with label Akademik. Show all posts
Showing posts with label Akademik. Show all posts

Monday, March 2, 2020

BBM3410Satu: Blanket test 3.0

Assalamualikum semua,
Harini kumpulan kami telah dipetik nama salah sorang ahli iaitu Nur Izzati dan perlu menjawab satu soalan. Dan kami perlu memberi jawapan berdasarkan pemahaman kami buat tugasan pada minggu lepas.

ISNIN (02/03/2020)

Soalan: Terangkan asas fotografi bagi gambar "Portrait"

Jawapan: Portrait ialah foto yang diambil dengan jarak yang dekat dengan kamera, gambar yang diambil mempunyai pencahayaan yang cukup dan kebiasaannya diambil di dalam studio yang tertutup. Contohnya, gambar seorang wanita tua yang sedang termenung menunjukkan reaksi wajahnya untuk menggambarkan situasi dalam gambar.

Sunday, February 23, 2020

BBM3410Satu2020: Blanket test

Assalamualaikum,

Pada hari ini kumpulan kami iaitu kumpulan yang keempat telah berjaya menjawab beberapa soalan blanket test antaranya:

Blanket test
 1. Terangkan tentang warna dalam asas grafik
Jawapan : warna dalam gambar mestilah tidak lebih dari tiga dan  tona warna hendaklah yang bersesuaian.

2. Apakah teknik fotografi yang digunakan dalam gambar
Jawapan : medium shot, kerana gambar yang diambil adalah separuh daripada badan model dan jaraknya hampir dengan kamera.

3. Apakah teknik fotografi yang digunakan dalam gambar?
Jawapan : mug shot, kerana gambar yang diambil difokuskan pada muka model

BBM3410Satu2020: Asas Fotografi

Assalamualaikum,

Hari ini kami pelajari mengenai asas fotografi dan dibawah ini terdapat beberapa contoh dalam asas fotografi.

1. Long shot

 
Gambar di atas merupakan asas fotografi long shot yang menunjukkan gambar pemandangan sebatang pokok yang hanya mempunyai ranting dan dua orang gadis ayu.  

Gambar seterusnya merupakan sebuah rumah kayu yang menunjukkan pemandangan suasana kampung. 

2. Medium shot

Gambar ketiga ialah gambar yang diambil secara medium shot yang menunjukkan pemandangan kanpung dengan berlatar belakangkan rumah kayu.


Gambar keempat juga menunjukkan asas fotografi medium shot dengan pemandangan pokok kehijauan.

3. Potrait

Gambar kelima merupakan asas fotografi potrait yang menunjukkan riak muka gembira seorang gadis dan pemandangan meja bar yang kabur.


Gambar diatas menunjukkan gambar potrait yang diambil dalam studio dengan pengcahayaan yang cukup.

4. Mug shot
Gambar 1 bagi mug shot menunjukan reaksi muka yang menejengkelkan atau menyampah dan gembira.
.
Gambar 2 menunjukkan reaksi muka yang sombong dan terkejut.


Gambar 3 menunjukkan reaksi yang santai dan gembira.

Gambar yang keempat turut menunjukkan rekasi yang sombong dan gembira.

Gambar diatas ini juga menunjukkan reaksi gembira dan terkejut.

Gambar 6 pula menunjukkan reaksi gembira seorang gadis dan reaksinya apabila terkejut.

Gambar 7 menunjukkan reaksi gembira dan marah.

Gambar 8 menunjukkan reaksi merajuk dan terkejut.

Gambar yang terakhir ini pula menunjukkan reaksi gembira dan sedih. 

5. Close-up


Gambar atau foto di atas menunjukkan close-up yang diambil dalam jarak yang dekat dan hanya berfokuskan kepada bunga.



Gambar di atas merupakan gambar berbentuk close-up yang berfokuskan kepada bahagian retina mata jejaka tersebut.

Thursday, February 20, 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2- BUKU WACANA

Assalamualaikum,

Ringkasan Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa

Pada hari Ahad yang lalu bapa Alim membawa pulang pelbagai jenis buah-buahan. Bapa Alim membeli banyak buah di pasar tani kerana beliau tahu bahawa Alim dan adik-beradiknya menyukai buah-buahan tempatan. Sesampainya dirumah, abang Imran bertanyakan kepada bapa dimana bapa membeli buah-buahan tersebut. Terdapat pelbagai jenis buahan tempatan yang dibeli bapa seperti, buah manggis, buah durian, buah langsat, dan buah duku. Bapa memberitahu bahawa beliau membeli buah tersebut di pasar tani kepada abang. Ibu yang melihat keseronokan anak-anaknya itu telah pun pergi ke dapur untuk mengambil bakul sampah bagi mereka meletakkan kulit buah-buahan tersebut agar rumah tidak bersepah dan tidak kotor. Tiba-tiba Alim bersuara, dia menyatakan hasratnya untuk memberikan sedikit buah tersebut kepada rakannya yang merangkap jiran mereka iaitu Sulaiman. Hal ini demikian kerana, ibu selalu berpesan pada Alim dan anak-anaknya yang lain supaya sentiasa berkongsi makanan dan barang yang kita suka dengan orang lain. Setelah ibu bungkuskan buah-buahan tersebut kedalam plastik merah ibu menyerahkan plastik tersebut kepada Alim untuk diberikan kepada Sulaiman yang sedang membasuh basikal diluar rumahnya. Setelah Alim memberikan buah tersebut kepada Sulaiman, ibu Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Alim dan keluarga. 


RUJUKAN:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.       
     Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.






Monday, February 17, 2020

BBM3410Satu2020: Asas Grafik

Kumpulan: Bulan Production 🌚🌛

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kami dari kumpulan seperti yang tertera dibawah telah menyiapkan tugasan mengenai asas grafik yang diberikan:





Gambar 1: Bulan Production 🌚🌛.
Elemen Asas Grafik:
Mudah
Warna
Teks
Kesesuaian
Keseimbangan

Setiap ahli kumpulan dikehendaki untuk mencari lima gambar yang mempunyai kelima-lima elemen asas grafik dalam majalah yang telah dibawa dan mengenal pasti elemen yang paling sesuai dengan setiap gambar.

Tugasan telah diagihkan kepada dua, bagi kumpulan pertama seramai 5 orang ahli iaitu Nadiah, Asiah, Nazrul, Ikmal, dan Atie telah ditugaskan untuk memotong huruf bagi nama ahli, nombor matrik dan menyiapkan muka hadapan booklet.

Manakala 5 orang ahli lagi dalam kumpulan lagi satu terdiri Hawa, Faiz, Izzatie, Wani, dan Siti ditugaskan untuk mencari dan mengenal pasti gambar yang bersesuaian mengikut kriteria yang dikehendaki.

Walaupun zahirnya nampak mudah, namun kami perlu memastikan gambar yang diambil dari majalah dipotong dengan sempurna dan cantik, serta tiada senget-benget mahupun berbulu. Prof. Normaliza juga telah memberi arahan menegenai bagaimana gambar yang dikehendaki.

Mounting board yang ditebuk juga perlu diukur kiri, kanan, atas dan bawah sebelum menampal gambar. Selain itu, bahagian paling susah, iaitu memastikan gambar yang ditampal tidak mempunyai sebarang gelembung (air bubble) padanya.

Akhir sekali, ikatkan kesemua mounting board dengan reben yang telah dispesifikasikan saiznya iaitu lebar 1 inci setengah.
Setelah bertungkus-lumus menyiapkan tugasan dari pukul 11:30 hingga 1 petang seperti mana yang diminta oleh Prof. Normaliza, berikut merupakan bukti usaha dan hasil tangan ahli kumpulan kami:-


Gambar 2: Kami menyambung tugasan di Latar Siswa.

Gambar 3: Gambar yang diambil setelah tugasan berjaya disiapkan.

Gambar 4: Permulaan kami melakukan tugasan di dalam kelas.


Komponen asas grafik:

Teks

Kesesuaian

Warna

Mudah


Keseimbangan


BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum semua   Okay harini kita nak borak sikit. Selama 2 semester ni aku ada blog. Macam tak percaya sebab aku benda macam ni aku ...