Thursday, February 27, 2020

BBM3410Satu2020: MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA'

Model Penceritaan Nilai Sosial Kanak-kanak
 "Keluarga"

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka

Pada hari minggu saya dan seisi rumah bercuti sekolah dan bersantai dirumah. Oleh itu, setiap hari  minggu kami akan bekerjasama membersihkan kawasan rumah. Saya amat suka membantu ibu dan bapa saya membersihkan rumah. Selain itu, saya juga gemar membantu ibu dan bapa saya dengan setiap pertolongan yang mereka minta saya bantu. Saya selalu membantu mereka dari pagi sehingga ke malam hari. Ibu bapa yang saya sayangi dan sanjungi, selalu mengigatkan saya agar sentiasa menajga diri dan budi pekerti. Hal ini demikian kerana, agar saya tidak terposong dimasa akan datang. Mereka juga sentiasa memesan agar saya sentiasa berhati-hati dengan dunia sekarang yang amat mencabar. Jangan mudah diperdaya manusia lidah bercabang dua dan sentiasa merendah diri. Merekalah keluarga yang saya cintai. Saya memiliki keluarga yang sangat mengambil berat dan prihatin mereka ialah abang, kakak, adik dan saudara saya. Ibu dan bapa saya juga merupakan insan yang paling mengambil berat dan prihatin tentang keadaan kami sekeluarga. Mereka akan sentiasa berada disisi saya dan adik-beradik yang lain setiap masa. Saya sayang ibu dan bapa saya merekalah syurga dunia dan akhirat saya. Adik-beradik saya juga sentiasa mengambil berat antara satu sama lain. Kami sering membantu sesama sendiri sama ada dalam pelajaran atau masalah peribadi. Saya sayang ibu dan bapa serta adik-beradik saya.


Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Stratergi Komunikasi Teori dan Aplikasi.     Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum semua   Okay harini kita nak borak sikit. Selama 2 semester ni aku ada blog. Macam tak percaya sebab aku benda macam ni aku ...