Thursday, March 5, 2020

BBM3410Satu: Rumusan kajian tentang penulisan blog

RUMUSAN KAJIAN TENTANG PENULISAN BLOG



Graf 6.1: Blog di dalam pengajian kesusasteraan.

Blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal (Normaliza Abd Rahim, 2014). Penulisan blog ini terdapat pelbagai jenis kegunaannya antaranya bagi urusan perniagaan. Para usahawan boleh memperomosikan dan memperiklankan produk mereka di dalam blog. Keputusan dan perbincangan kajian dibahagikan kepada tiga bahagian. Setiap bahagian berkaitan dengan objektif kajian iaitu blog yang berkaitan dengan pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan multimedia. Bagi graf 6.1 merupakan graf yang menunjukkan blog dalam pengajian kesusasteraan. Graf ini dapat dilihat kebanyakan responden yang dipilih telah memilih satu daripada genre kesusasteraan yang di tunjukkan dalam graf untuk dijadikan isu yang mereka tulis dalam blog mereka. Sebanyak 20 orang responden lelaki dengan peratusan 66.7% yang memilih genre puisi, manakala bagi responden wanita pula sebanyak 24 responden dengan peratusan 80%. Seterusnya, bagi penulisan cerpen oendek seramai 86.7% responden lelaki (26 orang responden) menerangkan bahawa mereka suka menulis cerpen pendek di laman blog. Bagi wanita pula peratusan sebanyak 96.7%.

Seterusnya, bagi graf 6.2 iaitu blog dalam pembelajaran bahasa. Responden juga memilih blog sebagai tempat atau medium nagi pembelajaran bahasa. Dalam graf ini telah ditunjukkan bahawa sebanyak 80% responden lelaki dan 93.3% responden perempuan yang menggunakan blog untuk menulis surat. Selain itu, mereka juga gemar menulis atau meluahkan tentang isi hati mereka sendiri. Disini dapat dilihat bahawa terdapat sebanyak 66.7% responden lelaki dan 100% responden wanita menyatakan bahawa cara meluahkan perasaan yang baik ialah dengan menulis didalam blog. Selain itu, blog bukan sahaja medium yang digunakan untuk menulis malah mereka juga menggunakan blog sebagai tempat untuk menulis dn menyelesaikan teka-teki. Jumlah responden lelaki iala sebanyak 93.3% dan wanita pula sebanyak 96.7%.

Seterusnya, graf 6.3 pula, merupakan blog di dalam pembelajaran teknologi. Graf yang mereka lihat ialah, video, audio dan photo. Bagi graf video dan audio menunjukkan peratusan yang sama antara lelaki dan wanita iaitu dengan peratusan sebanyak 100%. Mereka menyatakan bahawa blog lebih cantik dan memuaskan jika diisi video dan audio. Manakala, bagi peratusan gambar pula sebanyak 93% responden lelaki dan 100% responden wanita telah menyetujui bahwa dengan meletakkan gambar boleh lebih memberikan kefahaman kepada pembaca.





RUJUKAN:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum semua   Okay harini kita nak borak sikit. Selama 2 semester ni aku ada blog. Macam tak percaya sebab aku benda macam ni aku ...