Monday, February 17, 2020

BBM3410Satu2020: Asas Grafik

Kumpulan: Bulan Production 🌚🌛

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kami dari kumpulan seperti yang tertera dibawah telah menyiapkan tugasan mengenai asas grafik yang diberikan:





Gambar 1: Bulan Production 🌚🌛.
Elemen Asas Grafik:
Mudah
Warna
Teks
Kesesuaian
Keseimbangan

Setiap ahli kumpulan dikehendaki untuk mencari lima gambar yang mempunyai kelima-lima elemen asas grafik dalam majalah yang telah dibawa dan mengenal pasti elemen yang paling sesuai dengan setiap gambar.

Tugasan telah diagihkan kepada dua, bagi kumpulan pertama seramai 5 orang ahli iaitu Nadiah, Asiah, Nazrul, Ikmal, dan Atie telah ditugaskan untuk memotong huruf bagi nama ahli, nombor matrik dan menyiapkan muka hadapan booklet.

Manakala 5 orang ahli lagi dalam kumpulan lagi satu terdiri Hawa, Faiz, Izzatie, Wani, dan Siti ditugaskan untuk mencari dan mengenal pasti gambar yang bersesuaian mengikut kriteria yang dikehendaki.

Walaupun zahirnya nampak mudah, namun kami perlu memastikan gambar yang diambil dari majalah dipotong dengan sempurna dan cantik, serta tiada senget-benget mahupun berbulu. Prof. Normaliza juga telah memberi arahan menegenai bagaimana gambar yang dikehendaki.

Mounting board yang ditebuk juga perlu diukur kiri, kanan, atas dan bawah sebelum menampal gambar. Selain itu, bahagian paling susah, iaitu memastikan gambar yang ditampal tidak mempunyai sebarang gelembung (air bubble) padanya.

Akhir sekali, ikatkan kesemua mounting board dengan reben yang telah dispesifikasikan saiznya iaitu lebar 1 inci setengah.
Setelah bertungkus-lumus menyiapkan tugasan dari pukul 11:30 hingga 1 petang seperti mana yang diminta oleh Prof. Normaliza, berikut merupakan bukti usaha dan hasil tangan ahli kumpulan kami:-


Gambar 2: Kami menyambung tugasan di Latar Siswa.

Gambar 3: Gambar yang diambil setelah tugasan berjaya disiapkan.

Gambar 4: Permulaan kami melakukan tugasan di dalam kelas.


Komponen asas grafik:

Teks

Kesesuaian

Warna

Mudah


Keseimbangan


No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum semua   Okay harini kita nak borak sikit. Selama 2 semester ni aku ada blog. Macam tak percaya sebab aku benda macam ni aku ...