Thursday, February 20, 2020

BBM3410Satu2020: Keluargaku, Syurgaku

Assalamualikum,

Hari ini saya akan menceritakan sedikit sebanyak mengenai keluarga saya. Pada hari Jumaat yang mulia ini saya akan menceritakan mengenai ahli keluarga yang saya sayangi. Seperti sedia maklum keluarga merupakan antara penyokong yang memainkan peranan yang sangat penting dalam diri setiap individu. Keluarga saya seramai 8 orang ahli iaitu ayah, ibu, dan adik-beradik sebanyak 6 orang termasuk saya. Ayah saya diberi nama Mohd Zuraidi Bin Mat Yasim beliau berumur 48 tahun. Beliau lahir pada 1 Mac 1972. Selain itu, beliau dilahirkan di Kelantan. Manakala ibu saya pula merupakan Yuslina Binti Jusoh berumur 47 tahun. Beliau pula lahir pada 26 Ogos 1973. Beliau dilahirkan di Kuala Terengganu. seterusnya adik -beradik saya, bermula dengan saya sebagai anak sulong bernama Nur Asiah Zahirah Binti Mohd Zuraidi. Adik bawah saya yang kedua pula diberi nama Nurul Aini Zarifah Binti Mohd Zuraidi berumur 20 tahun dan menyambung pengajiannya di Institut Perguruan di Sarawak. yang ketiga dan keempat pula merupakan adik lelaki. Beza umur mereka berdua hanyalah setahun tetapi semasa kecil mereka selalu disalah anggap sebagai kembar. Mohammad Aniq Safwan dan Mohammad Aqil Zakwan mereka berumur 15 tahun dan 14 tahun. Kemudian 2 adik yang terakhir merupakan perempuan kedua-duanya. seorang sudah bersekolah di darjah 3 dan seorang lagi baru berumur 4 tahun. Yang berumur 9 tahun bernama Nur Arifah Zhafirah dan yang berumur 4 tahun itu bernama Nur Awadah Az Zahra. Merekalah merupakan pendorong saya dalam setiap perkara yang saya lakukan mereka sentiasa ada untuk memberikan sokongan yang penuh dalam segala perkara yang ingin saya capai. Saya sayang keluarga saya.



No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum semua   Okay harini kita nak borak sikit. Selama 2 semester ni aku ada blog. Macam tak percaya sebab aku benda macam ni aku ...