Thursday, February 20, 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2- BUKU WACANA

Assalamualaikum,

Ringkasan Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa

Pada hari Ahad yang lalu bapa Alim membawa pulang pelbagai jenis buah-buahan. Bapa Alim membeli banyak buah di pasar tani kerana beliau tahu bahawa Alim dan adik-beradiknya menyukai buah-buahan tempatan. Sesampainya dirumah, abang Imran bertanyakan kepada bapa dimana bapa membeli buah-buahan tersebut. Terdapat pelbagai jenis buahan tempatan yang dibeli bapa seperti, buah manggis, buah durian, buah langsat, dan buah duku. Bapa memberitahu bahawa beliau membeli buah tersebut di pasar tani kepada abang. Ibu yang melihat keseronokan anak-anaknya itu telah pun pergi ke dapur untuk mengambil bakul sampah bagi mereka meletakkan kulit buah-buahan tersebut agar rumah tidak bersepah dan tidak kotor. Tiba-tiba Alim bersuara, dia menyatakan hasratnya untuk memberikan sedikit buah tersebut kepada rakannya yang merangkap jiran mereka iaitu Sulaiman. Hal ini demikian kerana, ibu selalu berpesan pada Alim dan anak-anaknya yang lain supaya sentiasa berkongsi makanan dan barang yang kita suka dengan orang lain. Setelah ibu bungkuskan buah-buahan tersebut kedalam plastik merah ibu menyerahkan plastik tersebut kepada Alim untuk diberikan kepada Sulaiman yang sedang membasuh basikal diluar rumahnya. Setelah Alim memberikan buah tersebut kepada Sulaiman, ibu Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Alim dan keluarga. 


RUJUKAN:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.       
     Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.






No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum semua   Okay harini kita nak borak sikit. Selama 2 semester ni aku ada blog. Macam tak percaya sebab aku benda macam ni aku ...