Wednesday, March 18, 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 DAN STRATEGI KESOPANAN OLEH BROWN DAN LEVINSON (1987)

STRATEGI KESOPANAN OLEH BROWN DAN LEVINSON (1987)

Brown & Levinson (1987) mencadangkan teori kesopanan dalam wacana. Teori Kesopanan Brown & Levinson (1987) terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah teori asas mengenai sifat kesopanan dan bagaimana ia berfungsi dalam interaksi. Bahagian kedua adalah senarai strategi kesopanan dalam wacana. Brown & levinson (1987) memperkenalkan konsep ‘wajah’ untuk menggambarkan ‘kesopanan’ dalam erti kata yang luas iaitu semua interaksi mempunyai kepentingan dalam mengekalkan dua jenis ‘wajah’: ‘wajah positif’ dan ‘wajah negatif’. Brown & levinson (1987:61) menentukan ‘muka positif’ kerana imej positif dan konsisten mempunyai keyakinan diri. Sebaliknya, ‘muka negatif’ adalah “tuntutan asas untuk kawasan, kepentingan diri dan hak-hak untuk tidak diganggu”. Strategi kesopanan pula digunakan untuk merumuskan mesej untuk menyelamatkan muka positif pendengar apabila muka yang mengancam tidak dapat dielakkan atau dikehendaki. Brown & levinson (1987) menggariskan empat jenis utama strategi kesopanan (Rajah 3): bald on-record, kesopanan negatif, kesopanan positif dan off-record (tidak langsung) dan juga semata-mata tidak menggunakan kata muka yang mengancam itu.


NUR ASIAH ZAHIRAH BINTI MOHD ZURAIDI

197832


RUJUKAN:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Penerbit: Universiti Malaysia Terengganu


Assalamualaikum,

Ringkasan Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa

Pada hari Ahad yang lalu bapa Alim membawa pulang pelbagai jenis buah-buahan. Bapa Alim membeli banyak buah di pasar tani kerana beliau tahu bahawa Alim dan adik-beradiknya menyukai buah-buahan tempatan. Sesampainya dirumah, abang Imran bertanyakan kepada bapa dimana bapa membeli buah-buahan tersebut. Terdapat pelbagai jenis buahan tempatan yang dibeli bapa seperti, buah manggis, buah durian, buah langsat, dan buah duku. Bapa memberitahu bahawa beliau membeli buah tersebut di pasar tani kepada abang. Ibu yang melihat keseronokan anak-anaknya itu telah pun pergi ke dapur untuk mengambil bakul sampah bagi mereka meletakkan kulit buah-buahan tersebut agar rumah tidak bersepah dan tidak kotor. Tiba-tiba Alim bersuara, dia menyatakan hasratnya untuk memberikan sedikit buah tersebut kepada rakannya yang merangkap jiran mereka iaitu Sulaiman. Hal ini demikian kerana, ibu selalu berpesan pada Alim dan anak-anaknya yang lain supaya sentiasa berkongsi makanan dan barang yang kita suka dengan orang lain. Setelah ibu bungkuskan buah-buahan tersebut kedalam plastik merah ibu menyerahkan plastik tersebut kepada Alim untuk diberikan kepada Sulaiman yang sedang membasuh basikal diluar rumahnya. Setelah Alim memberikan buah tersebut kepada Sulaiman, ibu Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Alim dan keluarga. 


RUJUKAN:

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.     
     Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.


No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum semua   Okay harini kita nak borak sikit. Selama 2 semester ni aku ada blog. Macam tak percaya sebab aku benda macam ni aku ...