Thursday, May 7, 2020

BBM3410Satu2020: KEPENTINGAN ASAS GRAFIK (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019)

KEPENTINGAN ASAS GRAFIK.

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit berkenaan kepentingan yang terdapat dalam asas grafik. Dibawah ini dapat dilihat ringkasan kepentingan asas grafik ini yang telah saya dapat dari buku Multimedia dalam Bahasa Prof N. Jadi selamat menelaah. 




MENARIK:

Asas grafik penting untuk menarik minat pembaca atau masyarakat yang ingin melihat sesuatu hasil tersebut. Selain itu, foto atau video yang baik meninggalkan kesan yang baik tanpa rasa keliru dan tidak puas hati orang lain.

MESEJ:

Asas grafik yang disampaikan seharusnya mampu menyampaikan dengan jelas setiap mesej dan pesanan yang ingin disampaikan pereka tersebut.

MUDAH DIFAHAMI:

Masyarakat memerlukan sesuatu yang mudah mereka fahami oleh itu, menyediakan asas grafik yang mudah difahami adalah penting agar masyrakat tidak keliru dengan kata-kata yang sukar tetapi tidak mesra dengan masyarakat dan ini akan menghilangkan minat mereka.

KETARA (Predictability):

Foto atau video perlulah dapat difahami dengan mudah sehingga ketara sesuatu perkara tersebut agar tidak menimbulkan sebarang kekeliruan kepada penonton.

PROMOSI:

Asas grafik juga amat penting dalam memberi kesan yang positif terhadap mempromosikan barangan atau apa jua mesej yang ingin disampaikan dalam kalangan masyarakat.





RUJUKAN:

Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Universiti Putra Malaysia.

No comments:

Post a Comment

BBN3402SATU2020: PENTERJEMAHAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Assalamualaikum semua   Okay harini kita nak borak sikit. Selama 2 semester ni aku ada blog. Macam tak percaya sebab aku benda macam ni aku ...